Monday, June 9, 2025

AIM HOMESTAY D'TAMBUN - TERMA DAN SYARAT

 A.I.M. HOMESTAY D'TAMBUN



TERMA DAN SYARAT

SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS MENGINAP DI AIM HOMESTAY D'TAMBUN

Terma dan Syarat berikut perlu dibaca sebelum anda membuat tempahan dan perlu dipatuhi semasa anda menginap dan menggunakan kemudahan di AIM Homestay D'Tambun.


Untuk tempahan di AIM Homestay D'Tambun anda perlu mengisi borang tempahan yang disediakan atau boleh terus menghubungi pihak pengurusan

AIM Homestay D'Tambun TIDAK menerima tetamu yang ingin menginap secara tiba-tiba (ad-hoc). 

Jika anda ingin menginap di AIM Homestay D'Tambun, anda perlu membuat tempahan

awal sekurang-kurangnya 5-3 hari awal sebelum tarikh penginapan anda.

Selepas anda membuat tempahan, sila buat bayaran sekurang kurangnya SECURITY DEPOSIT atau BAYARAN PENUH mengikut harga yang dipersetujui / dinyatakan melalui whatsapp atau yang di emailkan kepada anda. Tempahan anda akan diproses selepas pihak kami menerima bayaran. 
Bayaran Penuh (Sewaan Harian) TIDAK Termasuk Security DEPOSIT
Polisi AIM Homestay D'Tambun adalah "First Pay, First Served".

Ini bermakna pelanggan pertama yang membuat bayaran tempahan akan diterima dan pelanggan tersebut berhak untuk tinggal di Homestay ini. Dalam kes seumpama ini, jika ada pelanggan lain yang telah membuat pembayaran dahulu maka bayaran anda akan terbatal dengan sendirinya. Jika anda telah membuat bayaran pada masa tersebut, kami akan memulangkan kesemua wang tempahan anda. 

AIM Homestay D'Tambun hanya membenarkan tetamu SAH yang berdaftar sahaja untuk menginap disini.  Untuk tujuan ini anda perlu menunjukkan “Slip/Resit Pengesahan Penginapan/Bayaran” dan Kad Pengenalan kepada pengurusan kami semasa anda mendaftar masuk (CHECK-in).  Tetamu yang membuat tempahan homestay hendaklah hadir semasa check-in dan PERLU menunjukan kad pengenalan dan lain-lain dokumen yang diperlukan .  Pihak AIM Homestay D'Tambun tidak akan memberi kunci homestay kepada wakil.

Bilangan penghuni yang dibenarkan dan SESUAI untuk menginap di AIM Homestay D'Tambun adalah 5 ORANG Dewasa/Kanak2 kerana kami menyediakan 3 buah bilik tidur sahaja.  Jika anda ingin membawa tetamu melebihi jumlah tersebut, pihak kami hanya membenarkan maksima 7 ORANG Dewasa/Kanak2.  Ini bertujuan untuk menjamin keselesaan para penghuni homestay ini. 

Sila patuhi waktu daftar masuk (check in) dan waktu daftar keluar (check out) yang telah ditetapkan semasa membuat tempahan. Check in awal atau check out lewat dari masa yang telah ditetapkan hanya dibenarkan dengan persetujuan pihak homestay terlebih dahulu dan caj tambahan akan dikenakan sebanyak RM50 sejam.  Jika check out lewat lebih daripada 4 jam, bayaran PENUH akan dikenakan. Untuk mengelak kesulitan, sila semak dan pastikan tarikh anda menyewa homestay adalah BETUL.

Sekiranya tempahan dibatalkan 5 hari SEBELUM tarikh check-in, kami akan MEMULANGKAN semua Bayaran Sewa Harian TERMASUK SECURITY DEPOSIT.

Walaubagaimanapun, JIKA PEMBATALAN dilakukan dalam tempoh KURANG daripada 5 hari sebelum tarikh anda check in, Bayaran Sewaan Harian serta SECURITY DEPOSIT anda TIDAK akan dikembalikan. 

Ini kerana bila anda membatalkan penginapan anda, pihak kami akan menanggung kerugian kerana telah menolak permohonan penyewa lain yang ingin menginap pada tarikh tersebut. Jadi sebelum anda membuat tempahan, sila pastikan anda benar-benar ingin menginap pada tarikh yang anda tempah.

Anda bertanggungjawab menjaga keselamatan rumah dan barang-barang yang disediakan dalam homestay semasa anda menginap di sini. Jika anda keluar meninggalkan rumah, sila pastikan anda telah menutup dan mengunci pintu. Sila pastikan tv, lampu, aircond, kipas & peralatan elektrik ditutup/dimatikan selepas digunakan dan sebelum anda keluar meninggalkan homestay.

Tetamu yang menginap disini tidak dibenarkan dengan sengaja merosak atau mencuri barangan dan peralatan yang disediakan di dalam AIM Homestay D'Tambun. Jika berlaku kecurian atau kerosakan, pihak pengurusan berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kecurian kepada pihak berkuasa.

Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam rumah tanpa kebenaran pihak pengurusan AIM Homestay D'Tambun.
Sila buang semua bungkusan makanan yang tidak digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan. 

Bagi tujuan keselamatan, merokok adalah di larang di dalam kawasan AIM Homestay D'Tambun.

Tidak dibenarkan membawa binatang peliharaan, seperti kucing.

Pastikan peralatan dapur/makanan/minuman yang digunakan telah dibersihkan dan semua peralatan (seperti remote control dan lain-lain) telah diletakan di tempat asal sebelum anda check-out.
Kunci rumah hendaklah diserahkan kepada pihak pengurusan bila anda check-out atau
meletakannya ke dalam PETI KUNCI.

Bayaran Security Deposit / wang cagaran keselamatan akan dipulangkan semula ke dalam akaun Bank anda dalam masa 48 jam daripada masa penyerahan semula kunci. Jika berlaku kerosakan atau kehilangan peralatan di dalam rumah wang SECURITY DEPOSIT TIDAK akan dipulangkan malah anda perlu membayar kos selebihnya.

APAKAH SECURITY DEPOSIT...??

Perhatian
Antara Sebab Bayaran Security Deposit TIDAK akan dipulangkan sekirannya anda :-

MENUTUP PLUG CCTV

Dikesan Dan Ada Bukti Anda MEROKOK Didalam Homestay

AIM Homestay D'Tambun adalah premis HALAL.  Penyewa dilarang membawa makanan,
minuman atau barangan yang  diharamkan di sisi Islam seperti arak. 

Barangan yang salah di sisi undang-undang  seperti dadah dan seumpamanya tidak boleh dibawa masuk ke ke dalam AIM Homestay D'Tambun.
Sebarang anjuran parti liar yang menyalahi undang-undang tidak dibenarkan sama sekali diadakan di AIM Homestay D'Tambun.
Sila hormati privasi jiran sekeliling, jangan menganggu privasi dan membuat bising  hingga menggangu ketenteraman jiran-jiran bersebelahan AIM Homestay D'Tambun.
Jangan membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam AIM Homestay D'Tambun untuk apa tujuan sekali pun, walaupun mereka mengatakan mereka dihantar oleh pihak AIM Homestay D'Tambun untuk membaikpulih atau mengambil barangan homestay kerana pihak homestay TIDAK akan menghantar staff, mekanik atau sesiapa sekalipun setelah penyewa check-in kecuali pengurus kami. 

Jika anda membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam AIM Homestay D'Tambun, sebarang kehilangan barangan homestay adalah dibawah tanggungjawab anda sepenuhnya.  Pihak AIM Homestay D'Tambun akan mengenakan bayaran gantirugi kepada anda sebagai penyewa. 
Jika terdapat sebarang kemuskilan anda dikehendaki segera menelefon pengurusan homestay.
Jika ada orang yang ingin menyewa dan ingin melihat keadaan dalaman AIM Homestay D'Tambun, sila minta mereka menghubungi pihak AIM Homestay D'Tambun sendiri.

Jangan membuat apa-apa bayaran kepada orang yang tidak dikenali yang datang ke AIM Homestay D'Tambun. Segala bayaran hanya boleh dilakukan kepada pihak pengurusan homestay sahaja.

JAGA KEBERSIHAN rumah & kawasan sekitar homestay dan buang sampah di dalam tong sampah yang disediakan. 

Pihak AIM Homestay D'Tambun TIDAK MEMBENARKAN untuk apa-apa tujuan majlis atau program tertentu, selain penginapan, seperti majlis keraian, kesyukuran, Aqiqah, pertunangan, akad nikah, perkahwinan, kursus dan latihan.

PIHAK AIM HOMESTAY D'TAMBUN BERHAK MEMBATALKAN PENYEWAAN DENGAN SERTA MERTA JIKA DIDAPATI PENYEWA TELAH MELANGGAR TERMA DAN SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN.

SAYA FAHAM TERMA DAN SYARAT DI ATAS, DENGAN INI SAYA BERSETUJU / BERMINAT UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN

Tuesday, February 11, 2025

AIM HOMESTAY D'TAMBUN


AIM HOMESTAY D'TAMBUN,
PERAK DARUL RIDZUAN






RUANG TAMU

RUANG MAKAN

DIBUKA UNTUK TEMPAHAN

Lokasi :-
Taman Bercham Raya, Ulu Kinta, Tambun IPOH PERAK

Waktu Operasi
Check In : 2.30 Petang
Check Out : 12.00 Tengahari

Warganegara Malaysia dan MUSLIM Sahaja

Kadar Bayaran
HARGA PENGENALAN
RM190.00 Semalam

Security DEPOSIT RM50 Untuk SEMALAM
DiBayar Sewaktu Membuat Tempahan
Dan Akan dipulang setelah 48jam Check Out.
(Jika TIADA apa masalah akan dikembalikan lebih AWAL)

APA ITU SECURITY DEPOSIT..?

Bayaran Penuh Sewaan
(TIDAK Termasuk Security Deposit) :
Secara Tunai / QR Code / Pindahan Bank 5-3 hari sebelum tarikh kemasukan


Kami Menyediakan

2 bilik Tidur
Katil Queen - Berhawa Dingin + Kipas Siling

BILIK NO 1

BILIK NO 2



1 bilik Tidur - Katil Single
Kipas Siling
BILIK SINGLE


Kemudahan Asas Lain Yang Disediakan
Bantal / Tuala / Sabun Mandi / Sampoo
Seterika / Ion Board / MyTV / Peti Ais / Cerek Elektrik / Multi Cooker (Elektrik)
Sejadah / Telekung / Toto
Kopi / Teh Uncang dan Gula Putih/ Air Mineral
Pinggan, Mangkuk, Gelas dan Cawan / Sudu Garfu




PINGGAN, MANGKUK & GELAS

MULTI COOKER & CEREK (ELEKTRIK)

TIADA Aktiviti Memasak Di Dapur (Yang Menggunakan GAS)

1 bilik Mandi dan 1 bilik Tandas




LOKASI BERHAMPIRAN :-

11Km (15 minit) - Pusat Bandaraya IPOH

11Km  (15 minit) - Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh
9.7Km (13 minit) - Hospital KPJ Ipoh Speacialist 
7.1Km (10 minit) - Hospital Pantai Putri
1.4Km 3 minit) - Hospital Sunway City Ipoh

9.4Km (14 minit) - Politeknik Ungku Omar Ipoh
7.4Km (15 minit) - Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah
3.4Km (6 minit)   - Institut Pendidikan GURU (IPG)
2.3Km (5 minit)   - Politeknik Ungku Omar (Cwgan Bercham)
2.3Km (5 minit) - Lost World of Tambun

2.5Km (5 minit) - TF Sunway City Ipoh, Maybank ATM
1.9Km (4 minit) - Econsave Bercham
1.0Km (3 minit) - A&W, Subway, McD

800 Meter - Pasar Malam (Selasa/Khamis) Tmn Perpaduan
700 Meter - Petron Petrol Station, Tmn Perpaduan
600 Meter - Ada 2 Masjid / Surau
600 Meter - Mee Rebus Ramli
400 Meter - Restoran Mamak & Tomyam dan Gerai2 Makan
400 Meter - Pasar Malam Sabtu (Taman Bercham Raya)
400 Meter - Klinik Swasta Harmoni
400 Meter - SAVE, SpeedMart 99, 7 Eleven
400 Meter - Dobi Layan Diri

SUASANA MALAM YANG CERIA DAN AKTIF

TERMA DAN SYARAT

Terma dan Syarat berikut perlu dibaca sebelum anda membuat tempahan dan perlu dipatuhi semasa anda menginap dan menggunakan kemudahan di AIM Homestay D'Tambun.


Untuk tempahan di AIM Homestay D'Tambun anda perlu mengisi borang tempahan yang disediakan atau boleh terus menghubungi pihak pengurusan


NOTIS
PIHAK PENGURUSAN AIM HOMESTAY D'TAMBUN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI SEPERTI KEHILANGAN, KEROSAKAN ATAU KECEDERAAN PADA TUBUH BADAN DAN HARTA BENDA PENGHUNI ATAU TETAMU MEREKA SEMASA BERKUNJUNG DAN MENGINAP DI AIM HOMESTAY D'TAMBUN.  

TERIMA KASIH KERANA MEMILIH AIM HOMESTAY D'TAMBUN...!!!

BERJUMPA LAGI...!!

TERIMA KASIH


ANTARA LOKASI YANG BERHAMPIRAN

PGA HULU KINTA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU IPOH

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU
SULTAN AZLAN SHAH


LOST WORLD OF TAMBUN

SUNWAY HOSPITAL

A & W 

SUBWAY

SPEEDMART 99

PASARAYA TF


SABIRA TOMYAM BERCHAM RAYA

HARD LEE TOMYAM & WESTERN
BATU 6 TAMBUN

JOHAN STEAMBOAT TAMBUN

SALOMA STEAMBOAT & GRILL
TANJUNG RAMBUTAN

PASAR MALAM TMN BERCHAM RAYA
(SABTU)

POPIA S. ALI


APAM BALIK

ROJAK MENGANCAM


Banyak lagi kedai dan tempat menarik sekitar Tambun, Hulu Kinta dan Ipoh. Akan Update dari masa ke semasa.

Terima kasih

AIM HOMESTAY D'TAMBUN - TERMA DAN SYARAT

 A.I.M. HOMESTAY D'TAMBUN TERMA DAN SYARAT SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS MENGINAP DI AIM HOMESTAY D'TAMBUN Terma dan Syarat berikut pe...