Tuesday, September 15, 2026

EASTEL - BISNES SIMKAD PINTAR - TEAM PAKSU ALEL

SELAMAT DATANG

EASTEL

BISNES SIMKAD PINTAR

JIMAT DAN JANA PENDAPATAN




BERSAMA SAYA 

TEAM PAKSU ALEL



1. Apa itu EASTEL? 

Jenama perkhidmatan mudah alih MVNO (Mobile Virtual Network Operator) yang diuruskan oleh Anchor Communications Sdn. Bhd. Eastel menggunakan infrastruktur rangkaian U Mobile untuk menyediakan perkhidmatan mudah alih. Eastel juga menyatakan bahawa ia mempunyai lesen Network Service Provider (NSP) dan Application Service Provider (ASP) di bawah MCMC/SKMM. Eastel bukan sekadar menjual SIM. Modelnya menggabungkan: 

Perkhidmatan SIM/eSIM dan pelan mudah alih 

Data 4G/5G 

Panggilan & SMS 

Reload / Top-Up 

Mobile Number Portability (MNP) 

IDD & Roaming 

Pelan Keluarga 

Program Rujukan / Insentif EASTELPRENEUR 


2.      Kelebihan produk Eastel Antara perkara yang boleh dijadikan point jualan ialah pelan data yang besar dan konsep prepaid tanpa kontrak. 

 Contohnya, laman rasmi Eastel kini memaparkan pelan seperti: Beberapa pelan turut mempunyai hotspot penuh, panggilan tanpa had dan roaming tertentu. Data berkelajuan tinggi juga boleh dibawa ke hadapan untuk pelan yang layak. 


Mengambil Masa Antara 24 Jam 
sahaja untuk kelulusan / pengesahan

Boleh pilih 4 digit terakhir


3. Apa sebenarnya peluang pemasaran EASTEL? 

Di sinilah konsep EASTELPRENEUR menjadi menarik. Idea asasnya:Bukan sekadar menggunakan SIM sendiri, tetapi membantu orang lain menggunakan Eastel dan membina rangkaian pengguna yang aktif. 

Program rasmi Eastel mempunyai Reload Incentive berdasarkan reload dalam rangkaian. Struktur semasa yang dinyatakan oleh Eastel ialah: 

LEVEL 1 — 13% Pengguna yang anda 
                      rujuk secara langsung. 
 LEVEL 2 — 3% Rangkaian tahap kedua. 
 LEVEL 3 — 8% Rangkaian tahap ketiga. 

Eastel menyatakan insentif ini dikira berdasarkan reload yang disahkan, bukan semata-mata bilangan orang yang mendaftar.

NOTA
Insentif Unilevel ini bergantung kepada pangkat atau status seseorang usahawan.
Apa yang dipaparkan di sini adalah yg berstatus Elite Member (1)











4. Contoh simulasi mudah model 5 × 5 × 5 
Ini selari dengan carta berikut


5.     Contoh kiraan insentif RM35 
Berdasarkan struktur 13% / 3% / 8% 
rasmi Eastel: 

Level 1 5 orang × RM35 × 13% = RM22.75 

Level 2 25 orang × RM35 × 3% = RM26.25 

Level 3 125 orang × RM35 × 8% = RM350.00 

Maka: 
RM22.75 + RM26.25 + RM350.00 = RM399.00 

Kalau ditambah insentif pendaftaran RM40: RM399 + RM40 = RM439.00 

RM40 itu bukan semestinya kadar tetap untuk semua pendaftaran. 

NOTA Nombor baharu atau MNP. Untuk 1–10 pendaftaran yang memenuhi syarat RM35, kadar yang dinyatakan ialah RM8 bagi nombor baharu dan RM13 bagi MNP.

 
6.         Syarat penting untuk insent Reload Incentive, Eastel menyatakan pese
rta perlu memenuhi Minimum Monthly Personal Reload (MMPR) mengikut pangkat: 

Elite Member            – RM35 
Ambassador              – RM60 
Senior Ambassador – RM80 

Dan akaun perlu berada dalam status aktif. Eastel juga menyatakan bayaran insentif dibuat ke Eastel Wallet pada 18 haribulan bulan berikutnya, tertakluk kepada syarat dan threshold yang ditetapkan.


Antara Keperluan Untuk Pendaftaran 

1. Simkad EASTEL 
2. Kad Pengenalan 
3. Apps MyDigital ID 
4. Apps EASTEL 
5. QR Pengenal 
6. Email Yang Aktif
7. Talian Internet 



BELUM DAFTAR
JOIN GROUP WHATSAPP 
Klik Pada Image



WHATSAPP SEKARANG 
Klik Image



NAK JOIN KLIK DAFTAR
Klik Image




IKLAN 




Monday, June 9, 2025

AIM HOMESTAY D'TAMBUN - TERMA DAN SYARAT

 A.I.M. HOMESTAY D'TAMBUN

TERMA DAN SYARAT

SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS MENGINAP DI AIM HOMESTAY D'TAMBUN

Terma dan Syarat berikut PERLU DIBACA sebelum anda membuat TEMPAHAN dan perlu DIPATUHI semasa anda MENGINAP dan MENGGUNAKAN kemudahan di AIM Homestay D'Tambun.

SEBARANG PERLANGGARAN TERMA DAN SYARAT2 YANG TERSEBUT INI BOLEH MENGAKIBATKAN SECURITY DEPOSIT ANDA TIDAK DIKEMBALIKAN

Harap Maklum.....

TERUSKAN MEMBACA

Untuk tempahan di AIM Homestay D'Tambun anda perlu mengisi borang tempahan yang disediakan atau boleh terus menghubungi pihak pengurusan

AIM Homestay D'Tambun TIDAK menerima tetamu yang ingin menginap secara tiba-tiba (ad-hoc). 

Jika anda ingin menginap di AIM Homestay D'Tambun, anda perlu membuat tempahan

awal sekurang-kurangnya 5-3 hari awal sebelum tarikh penginapan anda.

Selepas anda membuat tempahan, sila buat bayaran sekurang kurangnya SECURITY DEPOSIT atau BAYARAN PENUH mengikut harga yang dipersetujui / dinyatakan melalui whatsapp atau yang di emailkan kepada anda. Tempahan anda akan diproses selepas pihak kami menerima bayaran. 
Bayaran Penuh (Sewaan Harian) TIDAK Termasuk Security DEPOSIT

BAYARAN PENUH (SEWAAN)
Hendaklah Dibayar Pada Atau Sebelum 14 Hari Dari Tarikh Check IN.
Polisi AIM Homestay D'Tambun adalah "First Pay, First Served".

Ini bermakna pelanggan pertama yang membuat bayaran tempahan akan diterima dan pelanggan tersebut berhak untuk tinggal di Homestay ini. Dalam kes seumpama ini, jika ada pelanggan lain yang telah membuat pembayaran dahulu maka bayaran anda akan terbatal dengan sendirinya. Jika anda telah membuat bayaran pada masa tersebut, kami akan memulangkan kesemua wang tempahan anda. 

AIM Homestay D'Tambun hanya membenarkan tetamu SAH yang berdaftar sahaja untuk menginap disini.  Untuk tujuan ini anda perlu menunjukkan “Slip/Resit Pengesahan Penginapan/Bayaran” dan Kad Pengenalan kepada pengurusan kami semasa anda mendaftar masuk (CHECK-in).  Tetamu yang membuat tempahan homestay hendaklah hadir semasa check-in dan PERLU menunjukan kad pengenalan dan lain-lain dokumen yang diperlukan .  Pihak AIM Homestay D'Tambun tidak akan memberi kunci homestay kepada wakil.

Bilangan penghuni yang dibenarkan dan SESUAI untuk menginap di AIM Homestay D'Tambun adalah 5 ORANG Dewasa/Kanak2 kerana kami menyediakan 3 buah bilik tidur sahaja.  Jika anda ingin membawa tetamu melebihi jumlah tersebut, pihak kami hanya membenarkan maksima 7 ORANG Dewasa/Kanak2.  Ini bertujuan untuk menjamin keselesaan para penghuni homestay ini. 


Sila patuhi waktu daftar masuk (CHECK IN 2.30 PETANG) dan waktu daftar keluar (CHECK OUT 12.00 TENGAHARI) yang telah ditetapkan semasa membuat tempahan. Check in awal atau check out lewat dari masa yang telah ditetapkan hanya dibenarkan dengan persetujuan pihak homestay terlebih dahulu dan caj tambahan akan dikenakan sebanyak RM50 sejam. 

JIKA CHECHK OUT LEWAT DAN MELEBIHI DARI 4 JAM (5.00pm), bayaran PENUH akan dikenakan. Untuk mengelak kesulitan, sila semak dan pastikan tarikh anda menyewa homestay adalah BETUL.

Sekiranya tempahan dibatalkan 5 hari SEBELUM tarikh check-in, kami akan MEMULANGKAN semua Bayaran Sewa Harian TERMASUK SECURITY DEPOSIT.

Walaubagaimanapun, JIKA PEMBATALAN dilakukan dalam tempoh KURANG daripada 5 hari sebelum tarikh anda check in, Bayaran Sewaan Harian serta SECURITY DEPOSIT anda Hanya 50% Sahaja yang akan dikembalikan. 

Ini kerana bila anda membatalkan penginapan anda, pihak kami akan menanggung kerugian kerana telah menolak permohonan penyewa lain yang ingin menginap pada tarikh tersebut. Jadi sebelum anda membuat tempahan, sila pastikan anda benar-benar ingin menginap pada tarikh yang anda tempah.

Anda bertanggungjawab menjaga keselamatan rumah dan barang-barang yang disediakan dalam homestay semasa anda menginap di sini. Jika anda keluar meninggalkan rumah, sila pastikan anda telah menutup dan mengunci pintu. Sila pastikan tv, lampu, aircond, kipas & peralatan elektrik lain ditutup/dimatikan selepas digunakan dan sebelum anda keluar meninggalkan homestay.

Tetamu yang menginap disini tidak dibenarkan dengan sengaja merosak atau mencuri barangan dan peralatan yang disediakan di dalam AIM Homestay D'Tambun. Jika berlaku kecurian atau kerosakan, pihak pengurusan berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kecurian kepada pihak berkuasa.

Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam rumah tanpa kebenaran pihak pengurusan AIM Homestay D'Tambun.
Sila buang semua bungkusan makanan yang tidak digunakan ke dalam bakul / tong sampah yang disediakan. 

Bagi tujuan keselamatan, MEROKOK adalah di larang di dalam kawasan AIM Homestay D'Tambun.

Tidak dibenarkan membawa binatang peliharaan, seperti kucing.

Pastikan peralatan dapur/makanan/minuman yang digunakan telah dibersihkan dan semua peralatan (seperti remote control dan lain-lain) telah diletakan di tempat asal sebelum anda check-out.
Kunci rumah hendaklah diserahkan / dimaklumkan kepada pihak pengurusan bila anda check-out atau
meletakannya ke dalam PETI KUNCI.

Bayaran Security Deposit / wang cagaran keselamatan akan dipulangkan semula ke dalam akaun Bank anda dalam masa 48 jam daripada masa penyerahan semula kunci. Jika berlaku kerosakan atau kehilangan peralatan di dalam rumah wang SECURITY DEPOSIT TIDAK akan dipulangkan malah anda perlu membayar kos selebihnya.

APAKAH SECURITY DEPOSIT...??

Perhatian
Selain Melanggar Syarat-Syarat Utama ;

Antara Lain Sebab Bayaran Security Deposit TIDAK akan dipulangkan sekirannya anda :-

MENUTUP PLUG CCTV

Dikesan Dan Ada Bukti Anda MEROKOK Didalam Homestay

AIM Homestay D'Tambun adalah premis HALAL.  Penyewa dilarang membawa makanan,
minuman atau barangan yang  diharamkan di sisi Islam seperti arak. 

Barangan yang salah di sisi undang-undang  seperti dadah dan seumpamanya tidak boleh dibawa masuk ke ke dalam AIM Homestay D'Tambun.
Sebarang anjuran parti liar yang menyalahi undang-undang tidak dibenarkan sama sekali diadakan di AIM Homestay D'Tambun.
Sila hormati privasi jiran sekeliling, jangan menganggu privasi dan membuat bising  hingga menggangu ketenteraman jiran-jiran bersebelahan AIM Homestay D'Tambun.
Jangan membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam AIM Homestay D'Tambun untuk apa tujuan sekali pun, walaupun mereka mengatakan mereka dihantar oleh pihak AIM Homestay D'Tambun untuk membaikpulih atau mengambil barangan homestay kerana pihak homestay TIDAK akan menghantar staff, mekanik atau sesiapa sekalipun setelah penyewa check-in kecuali pengurus kami. 

Jika anda membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam AIM Homestay D'Tambun, sebarang kehilangan barangan homestay adalah dibawah tanggungjawab anda sepenuhnya.  Pihak AIM Homestay D'Tambun akan mengenakan bayaran gantirugi kepada anda sebagai penyewa. 
Jika terdapat sebarang kemuskilan anda dikehendaki segera whatsApp / menelefon pengurusan homestay.
Jika ada orang yang ingin menyewa dan ingin melihat keadaan dalaman AIM Homestay D'Tambun, sila minta mereka menghubungi pihak AIM Homestay D'Tambun sendiri.

Jangan membuat apa-apa bayaran kepada orang yang tidak dikenali yang datang ke AIM Homestay D'Tambun. Segala bayaran hanya boleh dilakukan kepada pihak pengurusan homestay sahaja.

JAGA KEBERSIHAN rumah & kawasan sekitar homestay dan buang sampah di dalam tong sampah yang disediakan. 

Pihak AIM Homestay D'Tambun TIDAK MEMBENARKAN untuk apa-apa tujuan majlis atau program tertentu, selain penginapan, seperti majlis keraian, kesyukuran, Aqiqah, pertunangan, akad nikah, perkahwinan, kursus dan latihan.

AMARAN KERAS
DILARANG SAMASEKALI UNTUK MENGECAS BATERI KENDERAAM (KENDERAAN ELEKTRIK - EV)

Tindakan Yg Kami Akan Ambil :-
Tempahan atau Penginapan Anda akan DIBATALKAN Serta Merta Duit Bayaran + Security DEPOSIT TIDAK DKEMBALIKAN.

HARGA SEWAAN UNTUK 1 MALAM
RM190.00

PROMOSI DISKAUN ADALAH TERTAKLUK KEPADA
SYARAT-SYARAT BERIKUT :-

1. Antara Hari Isnin - Khamis Sahaja
2. Bilangan Penghuni Max. 5 Org Dewasa
3. Check In : 2.30 Ptg & Check Out : 12.00 Tghari
4. Tempahan Awal Min. 2 Minggu Awal
5.
Minima Bermalam selama 2 malam dan keatas

Syarat2 Ini Tertakluk Pada Perubahan Dari Masa Ke Semasa Serta Budibicara Pihak Pengurusan
PIHAK AIM HOMESTAY D'TAMBUN BERHAK MEMBATALKAN PENYEWAAN DENGAN SERTA MERTA JIKA DIDAPATI PENYEWA TELAH MELANGGAR TERMA DAN SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN.

SAYA FAHAM TERMA DAN SYARAT DI ATAS, DENGAN INI SAYA BERSETUJU / BERMINAT UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN

Tuesday, February 11, 2025

AIM HOMESTAY D'TAMBUN


AIM HOMESTAY D'TAMBUN,
PERAK DARUL RIDZUAN






TIKTOK (VIDEO)








DIBUKA UNTUK TEMPAHAN

Lokasi :-
Taman Bercham Raya, Ulu Kinta, Tambun IPOH PERAK

Waktu Operasi
Check In : 2.30 Petang
Check Out : 12.00 Tengahari

Warganegara Malaysia dan MUSLIM Sahaja

Kadar Bayaran
HARGA PENGENALAN
RM190.00 Semalam

TEMPAHAN AWAL
(2 MINGGU SeBELUM)
Akan Mendapat DISKAUN


Sila Rujuk Syarat2 Lain Klik Link Di Bawah

Security DEPOSIT RM50 Untuk SEMALAM
DiBayar Sewaktu Membuat Tempahan
Dan Akan dipulang setelah 48jam Check Out.
(Jika TIADA apa masalah akan dikembalikan lebih AWAL)

KLIK DAN BACA

APA ITU SECURITY DEPOSIT..?

Bayaran Penuh Sewaan
(TIDAK Termasuk Security Deposit) :
Secara Tunai / QR Code / Pindahan Bank Pada Atau Sebelum 14 hari dari tarikh kemasukan


Kami Menyediakan

2 bilik Tidur
Katil Queen - Berhawa Dingin + Kipas Siling

BILIK NO 1


BILIK NO 2



1 bilik Tidur - Katil Single
Kipas Siling
BILIK SINGLE


XTRA
Tilam dan TOTO

XTRA TILAM


Kemudahan Asas Lain Yang Disediakan
Bantal / Tuala / Sabun Mandi / Sampoo
Seterika / Ironing Board / MyTV / Peti Ais
Cerek Elektrik / Multi Cooker / Rice Cooker (Elektrik)
Sejadah / Telekung / Toto / Penyidai Tuala
Kopi / Teh Uncang dan Gula Putih/ Air Mineral
Pinggan, Mangkuk, Gelas dan Cawan / Sudu Garfu



PINGGAN, MANGKUK & GELAS

PERALATAN MEMASAK
Rice Cooker, Cerek Elektrik, Multi Cooker

TIADA Aktiviti Memasak Di Dapur (Yang Menggunakan GAS)


1 bilik Mandi dan 1 bilik Tandas



PARKING
HATI-HATI KETIKA MEMASUKI PARKING

Anda Disarankan Untuk Mengundur Kenderaan Ketika Memasuki Garage Parikg





LOKASI BERHAMPIRAN :-

11Km (15 minit) - Pusat Bandaraya IPOH
16Km (20 minit) - Bulatan Aman Jaya

11Km  (15 minit) - Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh
9.7Km (13 minit) - Hospital KPJ Ipoh Speacialist 
7.1Km (10 minit) - Hospital Pantai Putri
1.4Km 3 minit) - Hospital Sunway City Ipoh

9.4Km (14 minit) - Politeknik Ungku Omar Ipoh
7.4Km (15 minit) - Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah
3.4Km (6 minit)   - Institut Pendidikan GURU (IPG)
2.3Km (5 minit)   - Politeknik Ungku Omar (Cwgan Bercham)
2.3Km (5 minit) - Lost World of Tambun

2.5Km (5 minit) - TF Sunway City Ipoh, Maybank ATM
1.9Km (4 minit) - Econsave Bercham
1.0Km (3 minit) - A&W, Subway, McD

800 Meter - Pasar Malam (Selasa/Khamis) Tmn Perpaduan
700 Meter - Petron Petrol Station, Tmn Perpaduan
600 Meter - Masjid / Surau
600 Meter - Mee Rebus Ramli
400 Meter - Restoran Mamak & Tomyam dan Gerai2 Makan
400 Meter - Pasar Malam Sabtu (Taman Bercham Raya)
400 Meter - Klinik Swasta Harmoni
400 Meter - SAVE, SpeedMart 99, 7 Eleven
400 Meter - Dobi Layan Diri

SUASANA MALAM YANG CERIA DAN AKTIF

TERMA DAN SYARAT

Terma dan Syarat berikut perlu dibaca sebelum anda membuat tempahan dan perlu dipatuhi semasa anda menginap dan menggunakan kemudahan di AIM Homestay D'Tambun.


Untuk tempahan di AIM Homestay D'Tambun anda perlu mengisi borang tempahan yang disediakan atau boleh terus menghubungi pihak pengurusan


NOTIS
PIHAK PENGURUSAN AIM HOMESTAY D'TAMBUN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI SEPERTI KEHILANGAN, KEROSAKAN ATAU KECEDERAAN PADA TUBUH BADAN DAN HARTA BENDA PENGHUNI ATAU TETAMU MEREKA SEMASA BERKUNJUNG DAN MENGINAP DI AIM HOMESTAY D'TAMBUN.  

TERIMA KASIH KERANA MEMILIH AIM HOMESTAY D'TAMBUN...!!!

BERJUMPA LAGI...!!

TERIMA KASIH


REAKSI PELANGGAN (KOMEN)





ANTARA LOKASI YANG BERHAMPIRAN

PGA HULU KINTA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU IPOH

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU
SULTAN AZLAN SHAH


LOST WORLD OF TAMBUN

SUNWAY HOSPITAL

A & W 

SUBWAY

SPEEDMART 99

PASARAYA TF


SABIRA TOMYAM BERCHAM RAYA

HARD LEE TOMYAM & WESTERN
BATU 6 TAMBUN

JOHAN STEAMBOAT TAMBUN

SALOMA STEAMBOAT & GRILL
TANJUNG RAMBUTAN

PASAR MALAM TMN BERCHAM RAYA
(SABTU)

POPIA S. ALI


APAM BALIK

ROJAK MENGANCAM


Banyak lagi kedai dan tempat menarik sekitar Tambun, Hulu Kinta dan Ipoh. Akan Update dari masa ke semasa.

Terima kasih
ADMIN A.I.M. HOMESTAY D'TAMBUN


IKLAN



EASTEL - BISNES SIMKAD PINTAR - TEAM PAKSU ALEL

SELAMAT DATANG EASTEL BISNES SIMKAD PINTAR JIMAT DAN JANA PENDAPATAN JOIN BISNES EASTEL SEKARANG BERSAMA SAYA  TEAM PAKSU ALEL 1. Apa itu EA...