A.I.M. HOMESTAY D'TAMBUN
TERMA DAN SYARAT
SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS MENGINAP DI AIM HOMESTAY D'TAMBUN
Terma dan Syarat berikut perlu dibaca sebelum anda membuat tempahan dan perlu dipatuhi semasa anda menginap dan menggunakan kemudahan di AIM Homestay D'Tambun.
Untuk tempahan di AIM Homestay D'Tambun anda perlu mengisi borang tempahan yang disediakan atau boleh terus menghubungi pihak pengurusan
AIM Homestay D'Tambun TIDAK menerima tetamu yang ingin menginap secara tiba-tiba (ad-hoc).
Jika anda ingin menginap di AIM Homestay D'Tambun, anda perlu membuat tempahan
awal sekurang-kurangnya 5-3 hari awal sebelum tarikh penginapan anda.
Selepas anda membuat tempahan, sila buat bayaran sekurang kurangnya SECURITY DEPOSIT atau BAYARAN PENUH mengikut harga yang dipersetujui / dinyatakan melalui whatsapp atau yang di emailkan kepada anda. Tempahan anda akan diproses selepas pihak kami menerima bayaran.
Bayaran Penuh (Sewaan Harian) TIDAK Termasuk Security DEPOSIT
Polisi AIM Homestay D'Tambun adalah "First Pay, First Served".
Ini bermakna pelanggan pertama yang membuat bayaran tempahan akan diterima dan pelanggan tersebut berhak untuk tinggal di Homestay ini. Dalam kes seumpama ini, jika ada pelanggan lain yang telah membuat pembayaran dahulu maka bayaran anda akan terbatal dengan sendirinya. Jika anda telah membuat bayaran pada masa tersebut, kami akan memulangkan kesemua wang tempahan anda.
AIM Homestay D'Tambun hanya membenarkan tetamu SAH yang berdaftar sahaja untuk menginap disini. Untuk tujuan ini anda perlu menunjukkan “Slip/Resit Pengesahan Penginapan/Bayaran” dan Kad Pengenalan kepada pengurusan kami semasa anda mendaftar masuk (CHECK-in). Tetamu yang membuat tempahan homestay hendaklah hadir semasa check-in dan PERLU menunjukan kad pengenalan dan lain-lain dokumen yang diperlukan . Pihak AIM Homestay D'Tambun tidak akan memberi kunci homestay kepada wakil.
Bilangan penghuni yang dibenarkan dan SESUAI untuk menginap di AIM Homestay D'Tambun adalah 5 ORANG Dewasa/Kanak2 kerana kami menyediakan 3 buah bilik tidur sahaja. Jika anda ingin membawa tetamu melebihi jumlah tersebut, pihak kami hanya membenarkan maksima 7 ORANG Dewasa/Kanak2. Ini bertujuan untuk menjamin keselesaan para penghuni homestay ini.
Sila patuhi waktu daftar masuk (check in) dan waktu daftar keluar (check out) yang telah ditetapkan semasa membuat tempahan. Check in awal atau check out lewat dari masa yang telah ditetapkan hanya dibenarkan dengan persetujuan pihak homestay terlebih dahulu dan caj tambahan akan dikenakan sebanyak RM50 sejam. Jika check out lewat lebih daripada 4 jam, bayaran PENUH akan dikenakan. Untuk mengelak kesulitan, sila semak dan pastikan tarikh anda menyewa homestay adalah BETUL.
Sekiranya tempahan dibatalkan 5 hari SEBELUM tarikh check-in, kami akan MEMULANGKAN semua Bayaran Sewa Harian TERMASUK SECURITY DEPOSIT.
Walaubagaimanapun, JIKA PEMBATALAN dilakukan dalam tempoh KURANG daripada 5 hari sebelum tarikh anda check in, Bayaran Sewaan Harian serta SECURITY DEPOSIT anda TIDAK akan dikembalikan.
Ini kerana bila anda membatalkan penginapan anda, pihak kami akan menanggung kerugian kerana telah menolak permohonan penyewa lain yang ingin menginap pada tarikh tersebut. Jadi sebelum anda membuat tempahan, sila pastikan anda benar-benar ingin menginap pada tarikh yang anda tempah.
Anda bertanggungjawab menjaga keselamatan rumah dan barang-barang yang disediakan dalam homestay semasa anda menginap di sini. Jika anda keluar meninggalkan rumah, sila pastikan anda telah menutup dan mengunci pintu. Sila pastikan tv, lampu, aircond, kipas & peralatan elektrik ditutup/dimatikan selepas digunakan dan sebelum anda keluar meninggalkan homestay.
Tetamu yang menginap disini tidak dibenarkan dengan sengaja merosak atau mencuri barangan dan peralatan yang disediakan di dalam AIM Homestay D'Tambun. Jika berlaku kecurian atau kerosakan, pihak pengurusan berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kecurian kepada pihak berkuasa.
Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam rumah tanpa kebenaran pihak pengurusan AIM Homestay D'Tambun.
Sila buang semua bungkusan makanan yang tidak digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan.
Bagi tujuan keselamatan, merokok adalah di larang di dalam kawasan AIM Homestay D'Tambun.
Tidak dibenarkan membawa binatang peliharaan, seperti kucing.
Pastikan peralatan dapur/makanan/minuman yang digunakan telah dibersihkan dan semua peralatan (seperti remote control dan lain-lain) telah diletakan di tempat asal sebelum anda check-out.
Kunci rumah hendaklah diserahkan kepada pihak pengurusan bila anda check-out atau
meletakannya ke dalam PETI KUNCI.
Bayaran Security Deposit / wang cagaran keselamatan akan dipulangkan semula ke dalam akaun Bank anda dalam masa 48 jam daripada masa penyerahan semula kunci. Jika berlaku kerosakan atau kehilangan peralatan di dalam rumah wang SECURITY DEPOSIT TIDAK akan dipulangkan malah anda perlu membayar kos selebihnya.
Perhatian
Antara Sebab Bayaran Security Deposit TIDAK akan dipulangkan sekirannya anda :-
MENUTUP PLUG CCTV
Dikesan Dan Ada Bukti Anda MEROKOK Didalam Homestay
AIM Homestay D'Tambun adalah premis HALAL. Penyewa dilarang membawa makanan,
minuman atau barangan yang diharamkan di sisi Islam seperti arak.
Barangan yang salah di sisi undang-undang seperti dadah dan seumpamanya tidak boleh dibawa masuk ke ke dalam AIM Homestay D'Tambun.
Sebarang anjuran parti liar yang menyalahi undang-undang tidak dibenarkan sama sekali diadakan di AIM Homestay D'Tambun.
Sila hormati privasi jiran sekeliling, jangan menganggu privasi dan membuat bising hingga menggangu ketenteraman jiran-jiran bersebelahan AIM Homestay D'Tambun.
Jangan membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam AIM Homestay D'Tambun untuk apa tujuan sekali pun, walaupun mereka mengatakan mereka dihantar oleh pihak AIM Homestay D'Tambun untuk membaikpulih atau mengambil barangan homestay kerana pihak homestay TIDAK akan menghantar staff, mekanik atau sesiapa sekalipun setelah penyewa check-in kecuali pengurus kami.
Jika anda membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam AIM Homestay D'Tambun, sebarang kehilangan barangan homestay adalah dibawah tanggungjawab anda sepenuhnya. Pihak AIM Homestay D'Tambun akan mengenakan bayaran gantirugi kepada anda sebagai penyewa.
Jika terdapat sebarang kemuskilan anda dikehendaki segera menelefon pengurusan homestay.
Jika ada orang yang ingin menyewa dan ingin melihat keadaan dalaman AIM Homestay D'Tambun, sila minta mereka menghubungi pihak AIM Homestay D'Tambun sendiri.
Jangan membuat apa-apa bayaran kepada orang yang tidak dikenali yang datang ke AIM Homestay D'Tambun. Segala bayaran hanya boleh dilakukan kepada pihak pengurusan homestay sahaja.
JAGA KEBERSIHAN rumah & kawasan sekitar homestay dan buang sampah di dalam tong sampah yang disediakan.
Pihak AIM Homestay D'Tambun TIDAK MEMBENARKAN untuk apa-apa tujuan majlis atau program tertentu, selain penginapan, seperti majlis keraian, kesyukuran, Aqiqah, pertunangan, akad nikah, perkahwinan, kursus dan latihan.
PIHAK AIM HOMESTAY D'TAMBUN BERHAK MEMBATALKAN PENYEWAAN DENGAN SERTA MERTA JIKA DIDAPATI PENYEWA TELAH MELANGGAR TERMA DAN SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN.
SAYA FAHAM TERMA DAN SYARAT DI ATAS, DENGAN INI SAYA BERSETUJU / BERMINAT UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN
No comments:
Post a Comment